Wednesday 18 January 2012

Checklist Preparation E-day

ENGAGEMENT DAIS
BACKDROP
STAGE
SOFA
SHAGGY CARPET
2 DIY BOXES
2 TALL VASES
TISSUE FLOWER
3 SMALL PILLOW
FRESH FLOWER

ATTIRE
FABRIC (CHIFFON)
SHOES
VEIL
HAND BOUQUET

MAKEUP
MAKEUP : KAK KUJIE (Sban)

PHOTHOGRAPHER
PHOTOGRAPHER : NEW CHAPTER REVOGRAPHY (Sban)

DOORGIFT
DOORGIFT (???)

Checklist E-day

SAVE THE DATE
Date : 28 April 2012
Home Sweet Home (Port Dickson)
Theme : Yellow + Fucshia Pink
Baju : Kurung Moden (maybe)

HANTARAN FOR HIM
Kain pasang (4 nikah)
coklat
Famous Amos Cookies
Cupcake
Tart (homemade by my mom)
Buah-buahan
Cincin

HANTARAN FOR HER
Cincin Merisik + Cincin Tunang
Kain Pasang (4 nikah)
Buah-buahan
Cake
Tepak Sireh

Monday 9 January 2012

ENGAGEMENT DREAMY DAIS

pejam celik pejam celik ada lagi 3bln ++ je masa untuk aku preparation....mak aitt...apa2 pun x wat lagi...*punchface*...banyak sangat mini pelamin yg aku mnt designnya....so skunk bila tgk costing pelamin 2 mahal sangat siut....dah sama harga dengan bridal package cuma yg bezanya kalo buat sendiri barang 2 dpt kat kita balik....

Bridal package semuanya cost 1K keatas.... my family kata ok je kalo nk amik bridal package just berbaloi ke afta that...pkr2la sndri...*termenung jap*....so nilah antara mini pelamin yg aku mnt...xtau nak pilih yang mana...fenikkkk

********************
REN-DA BELLEZA

********************
RENZ BRIDAL

********************
MAHLIGAI CREATIVE

********************
FROM OTHER'S BRIDAL

* p/s : hope my cute sis Ida can design n make it for me....

Saturday 7 January 2012

Welcome 2 my blog

Hiiii.....

Any b2b yang nak exchange link dengan suehani. Boleh la drop comment kat sini....senang sikit...leh kumpul semua sekali kan... :-)

Btw , tq coz sudi exchange link dengan suehani.....saya ni baru nak blaja wat blog...tq dear...



COLOR THEME

THEME COLOUR
2day i was researching  for my engagement theme color. So i get the idea from my sis Ida and i choose yellow + fuchsia pink. This color combination looks very cute n smart. 
What do u think?ok x? so gmbr kat bawah adalah mengikut citarasa i...
wow x sabr rasanya nak lihat color ni di combine kan....







Adat Resam Perkahwinan Melayu

Pengenalan
 
Adat Resam Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam sejak dari zaman dahulu kala lagi kerana ia dipercayai mempunyai kesan di dalam kehidupan. Bagi masyarakat melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan tersebut akan dijalankan dengan meriah dan penuh dengan adat istiadat. dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberpa peringkat.

Peringkat adat istiadat adalah seperti berikut :-
   a. Merisik
  b. Meminang
  c. Bertunang
 d. Akad Nikah
 e. Berinai
 f. Bersanding

ADAT MERISIK 

Adat ini juga dipanggil sebagai meninjau @ menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati tersebut masih belum berpunya. Ini penting dalam ISLAM bahawa seseorang itu dilarang meminang tunangan orang mahupun isteri orang. Ianya juga bertujuan mengenali belah pihak si gadis tersebutLazimnya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu bapa, saudara mara dan kenalan.
Semasa upacara merisik, wakil lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya iaitu cincin belah rotan dan sekiranya pihak perempuan bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan. Walaubagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu (sudah couple) justeru mereka akan terus menjalankan adat bertunang bagi menjimatkan masa dan kos.
(errr zaman dahulu xknl trs masuk minang...xmacm zmn skunk...bila dah couple n ur bf  dah serius, terus hantar wakil for merisik + meminang + bertunang....)

Contoh cincin belah rotan

ADAT MEMINANG
Apabila mengetahui bahawa gadis tersebut masih belum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. ianya bertujuan menyatakan tujuan mereka akan sebenarnya secara rasmi. Kedua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Di samping itu juga perbincangan tersebut termasuk dengan hantaran dan jumlah rombongan pihak lelaki yang akan datang semasa majlis adat bertunang bagi memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

ADAT BERTUNANG
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan setelah kedua belah pihak bersetuju. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat bagi majlis pertunangan. Pada majlis tersebut dijalankan, majlis kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan.  
Mengikut salah satu adatnya juga, sekiranya bakal tunangan tersebut mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran pula agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada 5 bls 7, 7 bls 9, 9 bls 11, 11 bls 13 krn jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. 
Upacara dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kpd phk perempuan & menyatakan lamaran scr rasmi. Pantun jg srg digunakan bertujuan memeriahkan majlis tersebut. Sblm upacara menyarungkan cincin, kedua belah pihak akn berbncg ttg hal belanja kahwin, tmph ptngan dll.Satu perkara yg perlu dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang, skranya pihk lelaki memutuskan pertunangan tersebut, semua wang htrn dan belnja diberikan dikira hangus, sebaliknya jk phk permpuan yg berbuat demikian, semua htran hrs dikembalikan sbnyk 2x ganda. 
Acara kemuncak apabila adat menyarung cincin di mana wkl phk lelaki yg terdiri dr ibu @ saudara perempuan akan menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis gadis tersebut. Dengan itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

ADAT MENIKAH
Akad nikah adalah upacara pentg dlm perkahwinan masyarakat Melayu yg ratanya beragama Islam, Ianya bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama . Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali bg menikahkan anknya. Walauubagaimanapun, dia jg boleh mewakilkannya kepada tok kadi @ imam.
Selepas akad nikah dijalankan, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin @ memakaikan rantai kpd isterinya.Adat ini dilakukan sbg satu simbol bhw pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

ADAT BERINAI 
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat
 Berinai Curi - diadakan 3 mlm sblm hr langsung utk saudara mara terdekat sahaja.
 
 Berinai Kecil - diadakan 2 mlm sblm hr langsung utk saudara mara, jiran tetangga & shbt handai

 Berinai Besar - diadakan 1 mlm sblm hr berlansung @ slps akad nikah utk pr jemputan khs

Selepas adat berina besar dilakukan, pengantin lelaki x akan bermlm di rmh pengantin perempuan, sbliknya akan terus pulang ke rumah @ rumah yg berhmprn dg rmh pengantin perempuan.
ADAT BERSANDING 
Bersanding bermaksud duduk bersama2 dengan pengantin perempuan di atas kerusi pengantin yg dikenali pelamin. Majlis ini bermula dengan perarakan dari pengantin lelaki yg diarak bersama pemain kompang bersama-sama ahli keluarganya, saudara mara serta kawan-kawan. selepas itu akan disambut oleh pengantin perempuan. selepas disambut oleh pengantin perempuan, pengantin akan duduk di kerusi yg disediakn utk melihat upacara pencak silat. Selepas selesai upacara pencak silat ,pengantin akan masuk ke dlm rumah utk naik ke pelamin untuk upacara merenjis dimana siapa yg merenjis akan mendapat bunga telur dr pihakengantin perempuan bg tnda mengucap terima kasih.